Monday, July 6, 2009

PROJEK KEBUN SAINS DAN POKOK ANGKAT

Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 21 Februari yang lalu. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa dan penjaga murid prasekolah ini amat menggalakkan. Di samping mengerah tenaga, ramai parents yang menyumbangkan pokok dan pasu. Sebagai guru, aku tak lari daripada berasa terharu di atas sokongan mereka. Semuanya demi anak-anak kami yang tercinta. Hanya ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaanku terhadap mereka. Selebihnya, hanya Allah sahaja yang dapat dan layak membalasnya...
Tanpa banyak berkira, mengalihkan pula pokok dari poli bag ke dalam pasu..

Pokok rambutan jenis "gula batu", sumbangan Encik Baharom bin Musa. Moga-moga akan mengeluarkan hasil dalam jangka masa terdekat.

Salah seorang "orang kuat" pada hari itu, Encik Mohamad Bahrin. Siap angkut anak bujang dan daranya untuk membantu. Dan anak-anak beliau sangat ringan tulang dan pandai membawa diri.


Beramai-ramai mengerjakan tanah keras berbatu di belakang prasekolah untuk dijadikan tapak kebun sains. Keringat yang tumpah tak terkira banyaknya!
Mudah-mudahan, kerjasama sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Di samping dapat meringankan beban, hubungan silaturrahim yang terjalin di antara semua akan menjadi lebih bermakna...
Amin...




Saturday, July 4, 2009

KURSUS LADAP III 2009


KURSUS LADAP III – PENINGKATAN P&P CEMERLANG
Pagi mendung, Sabtu, 20 Jun yang lepas, terpaksa lupakan hasrat untuk bangun lambat sebab diarahkan menghadiri Kursus LADAP di SK Tmn. Cuepacs. Mulanya rasa “sakit” juga sebab dua, tiga minggu ni tak cukup rehat. Tapi tak tau dari mana datangnya semangat ni, malam sebelumnya lagi, dalam pukul 12 lebih, aku gi ‘survey’ cari jalan nak ke SK Tmn Cuepacs ni dengan Bangah. Oo.. tak susah. Tapi bila tengok kena naik bukit yang agak tonggek, rasa gerun sikit. Maklumlah, lesen masih P (Penakut).
Slot pertama bertajuk Penataran Tatabahasa Untuk Guru-guru Sekolah Rendah yang disampaikan oleh Dr. Supian Mohamad Noor dari Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kuala Lumpur. Salah seorang pengarang buku-buku teks sekolah yang ada di pasaran. Syukur, kursus ni amat berguna dan berjaya membuka minda serta menambah-baikkan lagi pengetahuan dan kefahaman seorang aku dalam peraturan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Tapi sehari mana cukup nak menguasai semua. Yang dapat hari ni pun dah cukup untuk buat aku berasa ilmu Bahasa Melayu aku masih cetek. Mungkin selepas ni boleh berguru dengan Dr. Supian, seterusnya merealisasikan hasrat untuk muncul sebagai penulis yang berwibawa. Dan selepas ni juga, kenalah cuba untuk menulis dengan penggunaan tatabahasa yang betul dengan tujuan utamanya, untuk mempraktikkan ilmu yang baru diperolehi.
Waktu rehat diberi ialah 2 jam setengah. Ingat, bukan dua setengah jam! Hari Sabtu macam ni ramailah yang bersungut kalau kena berkursus sampai petang. Tapi, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ikutlah akal dan hati budi, barulah dapat hidup tenang dan aman.
Slot kedua kena buat bengkel secara berkumpulan. Bab-bab buat kumpulan ni, ramai yang berat. Dan entah kenapa, rupa aku ni kerap benar jadi pilihan untuk dilantik sebagai ketua. Dengan penuh diplomasi, aku menolak dan mengusulkan cikgu yang lebih senior. Tambahan, aku dah begitu tenggelam dalam silibus prasekolah, sampai takde idea camne nak buat lesson plan BM arus perdana (tahun 1-6). Habis slot, tanpa jamah jamuan petang, aku say bye-bye to SK Tmn Cuepacs!
Lepas Maghrib nanti nak ke KLIA, hantar abang balik Mumbai. Satu hal pulak nak bersesak-sesak ke KLIA di musim hangat wabak Selsema Mende Alah tu. Balik dari menghantar, mula-mula anak abang yang lelaki jadi lembik, batuk dan demam. Lepas tu neneknya, lepas tu Mak Langnya, sepupu, sepapat dan kaum kerabat. Gempar satu family. Gi check dengan doktor, rupa-rupanya kami kena Selsema B jugak...


SELSEMA BABUN!
Lega.. Letih yang teramat letih bulan Jun tahun ni, tapi aku akan cuba harungi tanpa banyak keluhan.