Wednesday, June 17, 2009

Pengajaran yang terkini..

Sesungguhnya, seseorang harus memiliki daya ketahanan dan sifat kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah orang keliling. Melatah atau melenting hanya akan memburukkan keadaan. Tanganilah masalah atau krisis dengan akal pertimbangan yang sihat dan jiwa yang tenang. Bukannya dengan emosi dan prasangka yang membuta tuli.

Usah juga membiasakan diri menilai dan menghukum sesiapa tanpa menyelami hati budinya. Sesungguhnya yang paling kenal dan paling layak menghukum seseorang itu adalah Penciptanya Yang Maha Agung. Justeru, sesiapa yang cenderung menghukum orang lain sebenarnya telah berlaku bongkak dan membesarkan dirinya, serta memainkan peranan yang tidak layak dipakai oleh seseorang hamba. Apakah ada manusia biasa yang sunyi daripada melakukan kesilapan?

Selanjutnya, janganlah kepentingan peribadi kita dijadikan alasan untuk mengetepikan hak orang lain. Sebenarnya, pada diri kita, ada hak orang lain. Kalau kita menafikan hak itu, sebenarnya kita adalah seorang yang zalim dan tamak. Jika bekerja, bekerjalah sepenuh hati. Jangan utarakan masalah peribadi sebagai penghalang dalam melaksanakan tugas. Ingatlah, tugas yang menjadi punca rezeki kita sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab. Kita tanggung dan laksanakan tugas pada hari ini, kita akan jawab di hari kemudian sekiranya ada terhutang tugas..

Akhir sekali, jadilah kita insan yang berlaku adil dan jujur kepada diri sendiri dan orang lain. Janganlah bila menyentuh soal kita, semua boleh diuruskan, tetapi bila kena pada orang lain, bermacam pula dalih dan alasannya. Sesungguhnya, manusia yang berjiwa besar ialah orang yang memandang masalah orang lain lebih berat daripada masalahnya sendiri. Bukan yang sebaliknya. Amatlah memalukan apabila kita tidak mahu kalah dalam membicarakan siapa yang paling banyak masalah dalam hidupnya. Tapi itu juga yang selalu diamalkan.

Orang-orang sebegini sebenarnya adalah orang-orang yang lemah dan tidak mahu bertegas dengan diri sendiri.

Mudah-mudahan akan ada perubahan positif dalam diri kita setiap hari. Masa seharusnya mematangkan manusia. Baik dari segi jasmani, intelek, mahupun emosi. Namun perlu difahami yang usia bukanlah ukuran. Bukan soal siapa dulu yang makan garam, tetapi siapa dulu yang pulih dan bangkit daripada pedih dan pedarnya kemasinan garam itu ke atas lukanya..

Sunday, June 14, 2009

Penghujung Cuti


Sebenarnye, cuti ni tetap kene bekerja keras. Cuti daripada gi sekolah je. Tapi keje rumah ngalahkan budak. Dah tu, abang satu family balik cuti dari Mumbai. Layan ler anak2 buah yang diibaratkan macam senduk dan sudip yang kejenye tak lain tak bukan mengacau ketenteraman mak lang nan seorang ini!

Dalam pada tu tetap luangkan masa untuk selesaikan benda2 yang tertangguh. Masa ni lapang sikit daripada nak fikir untuk ngajar budak macam masa hari sekolah. Camnepun ada gak jenguk2 sekolah tu beberapa kali. Banyaknye benda nak kena buat lagi! Harap2 dapat kerjasama padu daripada semua yang terlibat..
Esok pun nak jenguk kelas lagi sebagai persediaan untuk bertempur memerangi kejahilan anak2 muridku dan menakluki naluri ingin tahu mereka yang kadangkala sarat dengan idea..